1.0) PENGENALAN
Kebelakangan
ini, masalah tingkah laku di kalangan pelajar menjadi topik perbincangan di
kalangan masyarakat umum yang mana tidak mengira peringkat umur
membincangkannya. Masalah ini boleh menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan di antara emosi dan
aktiviti kehidupan seharian individu serta memberi kesan yang buruk dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Umumnya, sekolah rendah
merupakan tapak utama asas pendidikan. Dari sini, kanak-kanak dibentuk mengikut
acuan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Oeh itu, setiap orang guru perlu memainkan
peranan utama dalam membentuk peribadi tingkah laku murid-murid semasa berada
di sekolah.
Selain
dari tanggungjawab ibu bapa, guru adalah orang yang penting dalam menghasilkan
insan yang sempurna dalam pendidikan. Dengan bertambahnya bilangan anggota
masyarakat yang berpendidikan moden, sikap yang tidak mementingkan kanak-kanak
ini telah beransur berubah. Kanak-kanak pada hari ini telah diberikan perhatian
serius secara keseluruhan dari segi emosi, jasmani dan rohani. Kini, ibu bapa
sudah mula pandai melayan pertanyaan anak-anak, membawa mereka makan bersama,
berbincang serta memberi peluang kepada anak-anak menyuarakan pendapat dan
pandangan serta memberi mereka kebebasan memilih atau membuat keputusan asalkan
tidak memudaratkan diri dan keluarga.
Perkembangan
sikap ini telah memberikan kesan positif dalam dunia kehidupan kanak-kanak
supaya ia dapat menghasilkan satu generasi yang lebih aktif, berani dan mahu
tampil ke hadapan untuk bertanding lebih gigih dalam kehidupan masyarakat.
Walaubagaimanapun, masalah
tingkah laku sememangnya sering dihadapi oleh guru-
guru semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku. Bukannya mudah untuk menguruskan masalah tingkah laku di
kalangan murid-murid. Adakalanya ia dapat dikawal dan ada kalanya ianya seperti
barah yang boleh menyebabkan lumpuhnya proses pembelajaran di dalam bilik
darjah.
Apa yang pasti, tanggungjawab seorang guru di sekolah amat
berat sekali. Bak kata pepatah “ Berat mata memandang, berat lagi bahu
yang memikul “. Itulah hakikat tugas seorang guru di sekolah. Apabila
berlaku masalah salah laku disiplin di kalangan murid-murid, maka guru akan
dipersalahkan dan jari dituding ke arah guru.
1.1) PENGERTIAN MASALAH TINGKAH LAKU
Mengikut
Mohd Nazar Mohamad ( 1990 ), mentakrifkan masalah tingkah laku individu sebagai
tingkah laku yang menggangu perjalanan kehidupannya. Menurut Robert H Woody di dalam bukunya berjudul ‘The School and the Behaviour Problem Child‘ menyatakan
semua tingkah laku di sekolah dapat diperlihatkan dalam berbagai bentuk dan
ragam. Kanak-kanak tidak dapat menyesuaikan diri mereka dengan keadaan dan
suasana pembelajaran. Keadaan begini selalu menjejaskan pelajaran dan keupayaan
mereka untuk belajar dan berhubung dengan orang lain.
Mengikut pandangan Lewis M. Beaker (2001), sebarang
perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau
separa sedar. Bagi Garry Martin & Joseph Pear (2003), tingkah lagu juga
merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, bertindak balas, tindakan atau reaksi.
Dari segi teknik, aktiviti yang melibatkan otot-otot, kalenjar (glandular) dan
aktiviti eletrik oleh setiap organ. Pada dasarnya tingkahlaku adalah apa saja
yang diperkatakan atau dilakukan oleh individu. Feldhusen
( Levin & Nolan,
2004), merujuk kepada tingkah laku yang bermasalah yang melakukan gangguan
terhadap perlaksanaan proses pengajaran yang lancar. Menurut Emmer ( Levin
& Nolan, 2004) pula, mengganggu pengajaran guru serta pembelajaran beberapa
orang murid untuk jangka masa yang tertentu.
Manakala,
dalam konteks pendidikan, masalah tingkah laku merujuk kepada sebarang tingkah
laku murid yang boleh menjejaskan kelicinan atau keberkesanan pembelajaran dan
pengajaran khasnya di dalam bilik darjah. Kanak-kanak yang menghadapi masalah
tingkah laku tidak boleh menyesuaikan dirinya dengan kelakuan-kelakuan yang
diterima oleh masyarakat dan selalunya keadaan ini menjejaskan keadaan
pelajarannya, keupayaan untuk belajar dan perhubungannya dengan orang lain. Di
dalam bahasa Inggeris, masalah tingkah laku disebut sebagai ‘Abnormal Behavior ‘ iaitu tingkah laku
yang terkeluar dari nilai dan norma masyarakat. Konsepnya bertentangan dengan
tingkah laku normal yang lazimnya dipersepsi, dirasai, dilakukan dan dialami
oleh kebanyakan orang dalam masyarakat.
Tingkah
laku bermasalah ini boleh berupa tingkah laku negatif atau positif dan yang
pastinya masalah ini boleh membawa kesan yang tidak baik atau memudaratkan
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian,
adalah menjadi tanggungjawab seorang guru mengenalpasti murid-murid yang
bertingkah laku bermasalah di dalam kelasnya agar strategi atau teknik tertentu
dapat diguna pakai bagi memastikan keberkesanan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah dapat berjalan dengan lancar serta berkesan.
Justeru
itu, terdapat cara-cara untuk mengenal pasti masalah tingkah laku di kalangan
murid iaitu melalui jenis ujian (diagnostik dan psikologi), jenis bukan ujian (pemerhatian
dan temubual) dan kajian (kajian kes, kajian dokumen dan kajian
membujur). Disamping
itu, terdapat pengurusan tingkah laku yang mana terdapat beberapa proses yang
telah ditetapkan dalam proses memodifikasikan tingkah laku dikalangan
murid-murid.
2.0)
CARA-CARA MENGENAL PASTI MURID-MURID YANG BERMASALAH
TINGKAH LAKU
Untuk mengenal pasti
murid-murid yang bermasalah tingkah laku, terdapat kaeadah yang digunakan iaitu
mengumpulkan maklumat berasaskan ujian (diagnostik dan psikologi), jenis bukan
ujian (pemerhatian dan temubual) serta berasaskan kajian ( kajian kes, kajian
dokumen, kajian membujur).
Apabila
seseorang murid telah dikenal pasti mempunyai masalah tingkah laku di sekolah,
gurunya mestilah membincangkan masalah tersebut dengan ibu bapa murid tersebut.
Dalam perbincangan ini, guru akan meminta maklumat yang lebih lanjut mengenai
perkembangan murid tersebut. Tambahan lagi, dalam perbincangan ini, guru harus
memberikan murid yang bermasalah satu ujian kecerdasan I.Q. untuk menentukan
tahap kebolehan akademiknya secara keseluruhan serta untuk mengenal pasti
aspek-aspek kekuatan dan kelemahannya.
Berdasarkan
keperluan setiap murid, guru juga boleh memberikan ujian diagnostik untuk
mendiagnos tingkah laku murid dengan lebih terperinci. Semua keputusan ini
perlu dibincangkan dengan ibu bapa murid tersebut. Selepas itu, guru perlu
menasihati ibu bapa murid tentang tindakan susulan yang mereka perlu ambil
untuk mengatasi masalah tingkah laku anak mereka. Selain itu, ibu bapa perlu
diberikan keputusan ujian–ujian ini oleh guru
dalam satu laporan khas. Laporan ini mesti mengandungi rekomendasi-rekomendasi
untuk mengatasi masalah tingkah laku murid tersebut.
2.1)
Teknik Jenis Ujian ( Ujian Psikologi, Diagnostik)
Guru
boleh menggunakan ujian psikologi atau ujian diagnostik untuk menganalisis
semua masalah tingkah laku yang berlaku dalam bilik darjah dengan lebih
terperinci. Murid boleh diuji melalui ujian pencapaian akademik iaitu Ujian Sumatif
dan Ujian Formatif. Ujian Sumatif ialah peperiksaan awam seperti Ujian
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Penilaian Menengah (STPM). Manakala,
Ujian Formatif merujuk ujian bulanan, ujian pertengahan tahun dan peperiksaan
akhir tahun.
Melakukan Ujian Kecerdasan
untuk mengukur darjah kecerdasan murid (I.Q) seperti yang disarankan oleh
Terman dan Binet. Seterusnya Ujian Kecenderungan Bakat seperti Ujian Aptitut
Differential (DAT), Ujian Minat untuk menilai minat murid terhadap sesuatu aktiviti atau kerjaya
seperti Career Assessment Inventory (CAI) yang mengandungi tiga bidang,
merangkumi enam tema am, 22 asas minat dan skala 89 kerjaya. Kemudian, melakukan
Ujian Personaliti untuk mengkaji aspek bukan kognitif seperti aspek afektif,
motivasi, emosi dan sikap seseorang murid. Contohnya, The Survey of Personal Values (SPV), dan The Mooney Problem Check Lists (MPCL). Kedua-dua ujian ini
digunakan untuk mendapatkan maklumat peribadi serta nilai sikap murid.
Ujian Saringan digunakan
untuk mengasingkan murid-murid yang cerdas dengan murid yang kurang cerdas.
Selain itu, turut menggunakan Ujian Diagnostik untuk
mengesan punca kelemahan atau masalah
penguasaan kemahiran pembelajaran murid. Keputusan ujian ini penting bagi guru
untuk merancang aktiviti pemulihan. Akhir sekali, melakukan Ujian Aptitut Khas
seperti Ujian Aptitut Mekanikal, Ujian Aptitut Perkeranian, Ujian Aptitut Seni,
dan Ujian Aptitut Muzik yang mana digunakan untuk mengukur potensi murid dalam
bidang tertentu.
Di
dalam Unit Bimbingan dan Kaunseling di peringkat sekolah, maklumat-maklumat
asas dikumpulkan dan yang diperlukan ialah hal peribadi murid, pencapaian
akademik, serta aktiviti kokurikulum yang disertainya.
2.2)
Teknik Jenis Bukan Ujian (Pemerhatian dan Temubual)
Pemerhatian
boleh ditakrifkan sebagai satu kaedah kajian yang boleh digunakan guru untuk
mencari kebaikan dan kelemahan murid dan menentukan faktor-faktor yang
menyebabkan sesuatu masalah tingkah laku berlaku. Guru boleh mengenal pasti
ciri-ciri perkembangan murid daripada bidang afektif dan psikomotor khasnya
bagi mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Jasmani.
Ianya boleh dibuat di dalam bilik darjah atau luar bilik darjah.
Pemerhatian
seperti ini penting bagi guru untuk menentukan kekerapan, tempoh langsungnya
serta intensiti sesuatu salah laku yang telah dikenal pasti. Data yang dikumpul
melalui teknik pemerhatian adalah sangat penting kerana guru dapat merancang
tindakan susulan untuk menyelesaikan masalah tingkah laku yang berlaku. Selain
itu, pemerhatian ini juga penting kerana ia dapat menolong guru mengawal
tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah. Berikut disertakan satu contoh
borang pemerhatian untuk meneliti tingkah laku bermasalah yang digunakan oleh
guru.
Nama Murid :
|
Tarikh Pemerhatian :
|
||
Pemerhati :
|
Masa :
|
||
Aktiviti
|
Mata Pelajaran :
|
||
Tingkah Laku :
|
|||
Peristiwa
– peristiwa yang berlaku sebelum tingkah laku bermasalah
|
Tingkah Laku Bermasalah
|
Kesan-kesan daripada
tingkah laku bermasalah
|
|
Rajah
1 : Borang Pemerhatian Tingkah Laku Bermasalah
Selain kaedah pemerhatian,
guru juga boleh menggunakan kaedah temubual dengan murid-murid yang mempunyai
masalah tingkah laku ini. Temubual ini boleh dijalankan antara guru bimbingan
atau guru biasa dengan murid bermasalah, ibu bapa atau penjaga, rakan sebaya
dan pihak lain untuk mendapatkan maklumat.
2.3)
Kajian Dokumen ( Kajian Rentasan, kajian membujur, kajian kes)
Kajian dokumen ialah, analisis yang
dibuat oleh guru terhadap sesuatu tingkah laku masalah murid berdasarkan
dokumen-dokumen yang telah dikumpulkan mengenai murid-murid yang biasa
menunjukkan salah laku di sekolah. Menurut Bailey
(1978), dokumen ini terbahagi kepada dua iaitu, Dokumen Utama dan Dokumen Sekunder.
Dokumen Utama merangkumi autobiografi
murid, anekdot dan kad kumulatif. Manakala, Dokumen
Sekunder merupakan laporan ditulis berdasarkan temubual, pemerhatian
ataupun rujukan dokumen-dokumen utama. Contoh Dokumen Sekunder ialah biografi murid, laporan guru dan senarai
semak.
REKOD ANEKDOT
Nama
Murid : _______________ Tingkatan
: _______________
Jantina : _______________ Umur : _______________
|
|||
Tarikh
|
Tempat
|
Kejadian / Peristiwa
|
Komen
|
_______________________
Nama Guru :
|
Rajah
2 : Borang Rekod Anekdot
Dalam
kajian membujur, murid bermasalah yang dikaji diperhatikan untuk jangka masa
yang panjang oleh guru untuk menilai semua perubahan tingkah lakunya. Kajian
ini meliputi pemerhatian kepada tingkah laku murid bermasalah untuk mendapat
maklumat terperinci mengenai perubahan-perubahan tingkah lakunya. Kajian ini
memakan masa yang lama dan memerlukan belanja yang banyak. Manakala, dalam kajian
rentasan pula, guru akan mengkaji murid-murid bermasalah pada peringkat-
peringkat umur tertentu sahaja. Contohnya, guru mengambil sampel kanak-kanak
yang mempunyai masalah tingkah laku daripada umur yang berlainan untuk dikaji.
Perubahan-perubahan dalam tingkah laku bermasalah diukur dengan membandingkan
perlakuan murid-murid dari satu peringkat umur ke peringkat umur yang lain.
Oleh itu, kajian rentas menjimatkan.
Guru
juga boleh membuat kajian kes untuk menganalisa tingkah laku bermasalah secara terperinci
khususnya untuk murid-murid yang mempamerkan salah laku yang serius. Melalui
kajian kes, seseorang yang mempunyai tingkah laku yang bermasalah yang serius
akan diperhatikan untuk satu tempoh masa yang lama supaya guru dapat satu
gambaran yang tepat dan menyeluruh mengenai murid tersebut. Kelemahan kajian
kes adalah, ianya mengambil masa yang lama dan panjang. Justeru itu, pihak
kaunselor sekolah perlu menjalankannya.
3.0)
PENGURUSAN TINGKAH LAKU
3.1)
DEFINISI PENGURUSAN TINGKAH LAKU
Menurut
Dr Ragbir Kaur A/P Joginder Singh (2005), pengurusan tingkah laku ditakrifkan
sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu
matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai. Dalam rancangan ini,
guru harus memberitahu murid-murid tentang tingkah laku yang harus diamalkan di
sekolah dan peraturan-peraturan social yang harus ditunjukkan dalam bilik
darjah. Disamping itu, guru harus menggunakan contoh-contoh visual dan konkrit
untuk menunjukkan interaksi yang positif dalam sistem persekolahan contohnya
membetulkan tingkah laku murid yang salah dengan menunjukkan mereka tingkah
laku yang betul.
Dalam
proses modifikasi tingkah laku, guru mesti mengikut langkah-langkah yang
berikut, antaranya membuat pemerhatian awal dan penilaian terhadap sesuatu
tingkah laku yang bermasalah, mengenal pasti dan menetapkan matlamat tingkah
laku yang diingini, menunjukkan tingkah laku yang betul (memodelkan atau
memberitahu) serta memberikan ganjaran untuk tingkah laku yang positif secara
konsisten.
Guru-
guru perlu menggunakan banyak teknik untuk modifikasikan tingkah laku murid-muridnya.
Ianya melalui satu sistem pengurusan tingkah laku bermasalah dengan membuat
pemantauan dan penilaian terhadap tingkah laku bermasalah di dalam bilik
darjah. Setiap orang guru perlu menyimpan rekod salah laku murid-muridnya
seperti bila ia berlaku dan bagaimana ia berlaku. Proses merekod ini amat
penting dalam memodifikasikan tingkah laku dan juga sebagai bahan rujukan guru.
3.2)
TEKNIK MODIFIKASI TINGKAH LAKU
i.
PENEGUHAN
Terdapat
dua jenis peneguhan iaitu peneguhan negatif dan peneguhan positif. Peneguhan
positif ialah, proses di mana guru akan cuba mengawal tingkah laku murid dengan
motivasi, hadiah, ganjaran, sentuhan serta kata-kata perangsang yang dapat
membaiki atau mengubah tingkah laku murid-muridnya. Terdapat dua ganjaran
peneguhan positif iaitu, ganjaran primer (susu, makanan, gula), ganjaran
terlazim ( bintang, token, markah tinggi, penerimaan sosial dan sentuhan,
perkataan (lisan dan bertulis), permainan dan aktiviti, ekspresi dan wajah guru
(muka atau badan).
Terdapat
beberapa contoh peneguhan positif yang boleh digunakan oleh guru untuk
murid-murid. Antaranya, murid disuruh
untuk menjadi pembantu guru seperti membantu guru memungut buku latihan selepas
tamat waktu, diberi masa rehat selama lima hingga 10 minit untuk melakukan
aktiviti bebas iaitu murid bebas membuat aktiviti yang mereka suka namun bukan
melakukan perkara yang negatif, murid diberi masa untuk belajar di perpustakaan
dan tidak hanya belajar di dalam bilik darjah. Kemudian, guru menulis satu nota
pujian daripada guru kepada ibu bapa murid serta murid diberi peluang untuk
menjadi ketua dalam melakukan aktiviti
berkumpulan.
Jika
peneguhan positif tidak berkesan, maka guru boleh menggunakan peneguhan negatif
untuk mengawal tingkah laku murid seperti denda, memarahi murid, atau menyuruh
mereka menjalani ’times out’. Jikalau
peneguhan ini masih tidak berkesan, maka guru perlu menggunakan hukuman
disiplin yang lebih kuat seperti denda dan merotan. Selain itu, guru perlu
memuji murid-muridnya dan memberitahu bahawa dia menyukai mereka tetapi hanya tidak
suka tingkah lagu negative mereka sahaja. Diharapkan dengan pujian ini, murid
dapat berfikir dan berubah untuk tidak melakukan perkara negatif.
ii.
DENDAAN
Semua hukuman denda perlu
dimaklumkan kepada murid dan pihak sekolah mesti menentukan bahawa sesuatu
hukuman itu betul-betul dilaksanakan dan mengikut prosedur yang ditetapkan.
Terdapat beberapa dendaan yang boleh dilaksanakan di sekolah seperti, dimarahi
oleh guru, diberikan amaran apabila melakukan kesalahan, mengenakan hukuman
yang dibayar dengan membuat kerja di sekolah seperti mengutip sampah dan
mencuci tandas. Seterusnya, “times out”
sama ada dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah dan menghantar murid ke
bilik guru besar jika tidak mengikut arahan oleh guru. Tambahan lagi, ibu bapa
yang mempunyai anak-anak yang bermasalah tingkah laku dikehendaki ke sekolah
untuk membincangkan masalah anak mereka.
Tujuan
mengenakan adalah untuk menghentikan tingkah laku negatif tersebut. Skinner
berpendapat bahawa denda hanya boleh membawa kesan dalam tempoh yang singkat
sahaja. Selepas itu, tingkah laku yang tidak diingini biasanya akan berulang
lagi. Murid yang didenda, kerana tidak boleh menguasai setengah-setengah
kemahiran matematik, mungkin akan menimbulkan sikap kebencian terhadap
pembelajaran matematik.
iii.
REVERSE PSYCHOLOGY
‘Reverse
Psycology ‘ ialah satu teknik modifikasi tingkah
laku yang boleh digunakan oleh guru untuk mendapatkan tingkah laku yang boleh
digunakan oleh guru untuk mendapatkan tingkah laku yang dikehendaki daripada
murid-murid di dalam bilik darjah. Sebagai contoh, jika seorang guru ingin
muridnya diam, beliau mungkin menyatakan sesuatu yang berikut seperti, ‘Teruskan, dan buat bising sekuat yang anda
semua boleh’ dalam suara yang kuat dan tegas. Muridnya akan faham apa yang
sebenar
dikehendaki oleh gurunya iaitu mahu mereka
diam dengan serta merta kerana mereka tahu guru itu tidak bermaksud dengan apa yang beliau sedang mengatakan.
Teknik modifikasi tingkah
laku ini ialah menggunakan psikologi untuk modifikasikan tingkah laku negatif
kepada tingkah laku positif. Teknik ini memerlukan kemahiran guru memahami
psikologi murid yang berkenaan. Tujuan menggunakan teknik ini adalah untuk
menginsafkan murid agar melepaskan sikap negatif dan memupuk sikap positif demi
membentuk tingkah laku yang diingini.
iv.
SHAPING
Ditakrifkan sebagai satu
usaha memberikan ganjaran kepada murid setiap kali dia semakin hampir kepada
satu matlamat tingkah laku yang ditetapkan oleh guru. Dalam teknik ini,
ganjaran yang ditawarkan oleh guru menjadi semakin besar apabila murid bergerak
ke arah pencapaian matlamat tingkah laku yang ditetapkan. Contohnya, untuk
murid yang mempunyai tingkah laku bermasalah di mana selalu bergerak dalam
bilik darjah, guru boleh menetapkan matlamat tingkah lakunya sebagai “Berhenti bergerak dalam bilik darjah.’ Jika
murid berjaya, guru akan menawarkan ganjaran yang lebih besar sehinggalah
tingkah laku bermasalah itu terhapus.
v.
TOKEN
EKONOMI
Guru boleh memberikan token
untuk mengawal tingkah laku murid semasa pengajaran dan pembelajaran
berlangsung supaya proses pembelajaran tidak terganggu. Setiap kali murid
menunjukkan tingkah laku yang positif, akan diberikan satu token oleh guru.
Token terdiri daripada kad-kad berwarna atau bintang yang mempunyai nilai-nilai
tertentu. Sebagai contoh kad biru sebanyak lima markah, kad merah sebanyak 10
markah dan sebagainya. Jika murid telah mengumpul banyak
markah, maka akan diberikan hadiah. Ini akan
memotivasikan murid untuk terus menunjukkan tingkah laku yang positif.
Selain itu, jika murid
menunjukkan tingkah laku yang baik seperti menghasilkan kerja yang bermutu,
maka, guru akan memberikan hadiah sebagai tukaran. Ini akan memotivasikan murid
supaya lebih gigih lagi.
vi.
KONTRAK
(LISAN ATAU BERTULIS)
Guru boleh membuat kontrak
dengan muridnya supaya menunjukkan tingkah laku yang positif. Kontrak boleh
dibuat secara lisan dan bertulis diantara guru dan murid. Jika dibuat secara
bertulis perlu, menandatanganinya dan terdapat peraturan yang perlu diikuti.
Jika tidak mematuhinya maka, hukuman akan di kenakan. Contohnya, jika murid
menunjukkan tingkah laku yang baik dan prestasi kerja yang tinggi, murid akan
diberikkan ganjaran seperti yang ditetapkan oleh kontrak. Murid-murid akan terus
berkelakuan baik kerana pandangan mereka dipandang serius oleh guru.
vii.
TIMES OUT
Dalam teknik ‘times out’, jika murid tidak dapat
mengawal diri, maka akan dikeluarkan daripada bilik darjah dan dibiarkan dalam
bilik kecil yang berdekatan atau mana-mana sudut bilik darjah. Apabila murid
tersebut berkelakuan positif, maka akan dibenarkan masuk semula ke dalam kelas.
‘Times out’ amat berkesan untuk
kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun. Masa yang diperuntukkan untuk duduk
dalam masa ‘times out’ ialah diantara
satu hingga 10 minit bergantung kepada tahap keseriusan kesalahan yang
dilakukan. Selepas masa hukuman dijalankan, guru perlu terangkan kenapa
melakukan hukuman tersebut. Kemudian arahan yang asal diberikan
semula kepada murid tersebut dan jika
mengikut arahan yang diberikan akan dipuji manakala jika masih tidak mengikut
arahan maka akan terus dikenakan hukuman.
viii.
PENGASINGAN
Merupakan teknik dimana murid-murid
disuruh keluar daripada bilik darjah atau dimasukkan ke dalam kelas detensi
untuk menjalani hukuman yang ditetapkan guru. Satu konsep yang penting dalam
teknik pengasingan ialah guru membiarkan tingkah laku murid yang bermasalah
negatif serta tidak memberi apa-apa perhatian kepadanya. Teknik ini adalah
sesuai apabila murid tidak menunjukkan tingkah laku yang positif walaupun telah
diingatkan oleh guru beberapa kali. Dalam teknik ini, guru tidak akan
memberikan perhatian kepada tingkah laku bermasalah sehinggalah murid berubah
sikap. Jika masih tidak mengikut arahan, maka pengasingan ke dalam kelas
detensi disyorkan.
4.0)
KESIMPULAN
Kadangkala
keadaan dan suasana sekolah juga menimbulkan keadaan yang tidak selesa dan menyebabkan
masalah tingkah laku berlaku. Kelas yang terlalu ramai, alat kelengkapan yang
tidak mencukupi, suasana di dalam kelas yang tidak harmoni, alat bantu mengajar
yang tidak cukup, gangguan dari luar dan keadaan sekolah yang tidak sempurna
dari segi kemudahan asas. Kesemuanya ini boleh menimbulkan kegelisahan dan
menganggu kelancaran perjalanan kelas.
Oleh
itu, pendapat-pendapat dan kajian dari beberapa tokoh terkenal boleh dijadikan
sebagai bahan rujukan oleh pihak sekolah bagi merancang strategi-strategi untuk
meningkatkan lagi keberkesanan mengatasi tingkah laku bermasalah dan prestasi
murid-murid dan akademik di sekolah. Sebagai ibu bapa, kita mestilah menjaga
keselamatan dan jaminan kehidupan sempurna kepada anak-anak. Ibu bapa mesti
memberikan kasih sayang dan perhatian selain dari wang ringgit dan keperluan
asas mereka.Ibu bapa juga perlu memberi peluang atau kebebasan kepada anak-anak
untuk memilih apa yang mereka suka, mendengar penjelasan dan pendapat serta
memberi sokongan tentang perkara-perkara yang mereka minati..
Oleh
demikian, tingkah laku bermasalah harus ditangani oleh guru dengan bijak dan
teratur agar ia tidak membantutkan atau menganggu proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah. Melalui keberkesanan sistem pembelajaran
yang berkesan akan mempercepatkan perkembangan pembelajaran murid-murid di sekolah. Memodifikasikan
tingkah laku ialah satu strategi penting yang boleh digunakan guru yang mana
tingkah laku yang dikehendaki diteguhkan melalui peneguhan positif dan tingkah
laku yang tidak dikehendaki dihapuskan atau dikurangkan melalui peneguhan
negatif.
BIBLIOGRAFI
Mok Soon Sang. 2011. Psikologi Pendidikan –Nota Intisari Ilmu Pendidikan. Selangor.
Penerbitan
Multimedia.
Mok Soon Sang. 2007. Ilmu Pendidikan Untuk KPLI : Komponen 3 : Profesionalisme
Keguruan Sekolah Rendah.
Subang Jaya. Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Dr Ragbir Kaur A/P Joginder Singh. 2006. Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan Untuk
KPLI (Sekolah Rendah dan Menengah).
Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman
Murugiah Velayutham. 1996. Psikologi Pendidikan 1.: Psikologi
perkembangan. Kuala
Lumpur.
Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Cikguhaidi.wordpress.com/2009/07/21/Strategi-Masalah
Pembelajaran Murid
sharidahipgmkbm.blogspot.com/.../isu-tingkahlaku..
Disediakan oleh :
Mazura Binti Mansor
Mohon dengan izin share ilmu. Moga kita semua mendapat berkat atas perkongsian ilmu ini. Terima kasih banyak2
BalasPadamtulisan Cik Mazura sangat bermanfaat. Mohon guna ilmu ni ye...
BalasPadam